Assalammualaikum,
Kebelakangan ni, hati aku asyik sedih jer melihat berita di laman web Sinarharian berikutan
6 orang adik beradik yang ditinggalkan oleh ibubapa mereka selama lebih 24 jam di rumah tanpa makanan. Terkejut melihat adik mereka yang baru berusia 7 bulan seperti 'NYAWA - NYAWA IKAN' apabila ditemui oleh jiran tetangga di rumah mereka baru - baru ini. Aku menangis dan berkali - kali memanjat doa agar adik beradik tersebut selamat dan please lah wahai ibubapa...
JANGAN PANDAI NAK BUAT ANAK TAPI TAK PANDAI JAGA ANAK!
Anak - anak adalah amanah Allah. Anugerah yang tidak ternilai...aku sendiri punya anak..jiwa sangat sensitif melihat berita macam ni. Moga Allah beri aku KESEMPATAN agar aku dapat mendidik, membesarkan dan mengasuh anak - anakku dengan acuan yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Selagi kita berpegang pada Al Quran dan Sunnah,
In Sha Allah...segala - galanya dipermudahkan oleh Allah.
Ok, itu berita yang sebelum ni aku baca..mudah - mudahan ANAK - ANAK DI SELURUH DUNIA SELAMAT DAN INGATLAH ALLAH SENTIASA BERSAMA KAMU WAHAI ANAK - ANAK.
Next berita terkini...jeng - jeng..
Tanggal 17 Oktober 2013 genaplah 10 tahun usia perkahwinanku. Suka sangat..sebab ape? Aku nak buat photoshoot sempena 10th anniversary:)
YANG KU IDAMKAN..sepasang gaun yang cantik sesuai dengan usiaku 33 tahun..huhu dah tua dah mak ko nie..
View yang cantikkkkk..aku nak kat taman yang full of nature...sooo green...excited sangatt..
Make up pulak, biarlah nampak simple tapi cantik (natural beauty..katanyer...)
Nikah : 17 OKT 2003
Belah pompuan : 18 OKT 2003
Belah lelaki : 19 OKT 2003
YANG KU IDAMKAN
GAUN PENGANTIN
Gambar dari Google
Gambar dari Google
Cantik nyer..feeling *_* hApPy
MAKE UP & PHOTO
Gambar dari Google
Suka sangat tengok gambar ni so beautiful *_*
I am Force Of Nature
Lihatlah...indahnyer suasana ni..nyaman, tenang dan paling penting..gambar aku mesti cantik kalu shoot gambar kat tempat nie...bestnyer..' cantik la sangaatt '...sukahati haku la..blog aku...:)
Aku dah bincang dengan suami, belum dapat kata putus lagi. Ermm..masalah kami sebenarnya MASA..perlu rancang dengan teliti. Moga apa yang ku idamkan menjadi kenyataan. In Sha Allah.
Thank you for reading this N3:)