Tuesday, December 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY MOM!

Anak buahku ADAM (Comel tak saya...ahaks)
Lihat, kek tu...sungguh menyelerakan..terujanya


Hai kawan- kawan, yang mana satu paling comel?

Amboi, masing - masing buat keje sendiri.



Chak!

Tak sabar nak rasa kek, nampak..hehe..

"Happy birthday nenek,"kata kanak - kanak itu.

Pada 07 Dis 2010, kami sekeluarga meraikan birthday mak yang ke tuuuut...hehehe... biarlah rahsia. Meskipun mak tak berapa sihat namun mak tetap penuhi permintaan anak - anaknya untuk meraikan hari yang bersejarah bertempat di The Summit USJ, Subang Jaya. Terima kasih mak. Bapak pun ikut sekali. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Ya Allah Ya Rabbi, kau berikan kesihatan yang baik buat ibuku. Amin.







GAMBANG RESORT CITY!

Percutian yang menyeronokkan!

Hello, kami di sini!

Anak - anak yang baru belajar berenang

Seronoknya mama

Bersama suamiku yang belum ready nak candid...ahaks

Adik bongsuku (Nurul Jannah)
namanya seindah wajah:)

Ibu tersayang (Elly sayang mak)

Gambang Resort City!

Pada 18 hingga 19 Dis 2010, my family and I pergi bercuti! Wow, seronok betul.
Dah lama x bercuti, bila sesekali bercuti dapat meredakan stress, best gak.
Aku bawa mak dan adik bongsu sekali. Terpancar wajah ceria di muka bersih ibuku. Baru sembuh dari penyakit lamanya. Alhamdulillah.
Buat putera & puteriku, mama harap uols happy ek. Senyum sampai ke telinga nampak:)











Friday, December 17, 2010

PERMATA HATIKU!

Penghiburku di kala suka & duka

MUHAMMAD SYABIL BIN MOHD SHAHRIL
NISRINA NAJIHA BT MOHD SHAHRIL


Thursday, December 16, 2010

WAKTU SENGGANG











APE KE????

JIKA ADA NAMA ATAU TEMPAT YANG DISEBUT DALAM KISAH INI ADA PERSAMAAN DENGAN NAMA SESEORANG ATAU SESUATU TEMPAT , IANYA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU MASIH MATI.
Kebelakangan ni, macam - macam peristiwa yang berlaku pada aku. Aku terkilan, kecewa dan sukar nak percaya. Biarlah kupendamkan perkara ini sedalam - dalamnya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Mujur ada suami yang begitu memahami diri ini. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah kerana mempertemukanku dengan seorang lelaki (suami) yang betul - betul menyayangi aku dengan sepenuh hati. Mungkin ada hati yang menyindir...apa mungkin ada lelaki yang begitu setia?
Jika hati dan perasaan masih berasa ragu - ragu, disulami dengan curiga dan prasangka buruk pada pasangan kita. Maka pasangan kita akan berperasaan sama seperti kita. Namun, jika kita banyak berbincang dari hati ke hati dan merangsang diri kita untuk memahami diri pasangan kita. Aku rasa tidak ada masalah antara suami dan isteri, memanglah kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Cuba pupuk dalam diri dengan rasa kasih sayang, saling percaya antara satu sama lain dan yang paling penting ambil berat setiap apa yang diperlukan oleh pasangan kita. Insya Allah, rumah tangga akan selama - lamanya bahagia dunia dan akhirat.
Berbalik pada peristiwa yang menimpa pada aku baru - baru ni, entahlah susah nak cakap. Atas nama sebuah kehidupan, hidup umpama roda...kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah. Aku sudah merasai kehidupan sebegitu. Come on, I'm 30 years old now. Mungkin ada manusia yang berasa hidupnya selesa dikala ini, namun harus diingat kita manusia...hamba Allah yang banyak kekurangannya. Apa mungkin, akan merasa selesa selama - lamanya. Berbalik pada yang SATU! Nilai diri, adakah kita cukup sempurna atau bijak pandai sehingga menuding jari pada orang lain jika berlaku sebarang masalah? Nasihat aku, muhasabah dulu...well, life must goes on. If ur on my shoes, I 'll guarantee you will do the same thing. We'll see about that. Okey, time's up! Adiosa.....