Tuesday, December 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY MOM!

Anak buahku ADAM (Comel tak saya...ahaks)
Lihat, kek tu...sungguh menyelerakan..terujanya


Hai kawan- kawan, yang mana satu paling comel?

Amboi, masing - masing buat keje sendiri.



Chak!

Tak sabar nak rasa kek, nampak..hehe..

"Happy birthday nenek,"kata kanak - kanak itu.

Pada 07 Dis 2010, kami sekeluarga meraikan birthday mak yang ke tuuuut...hehehe... biarlah rahsia. Meskipun mak tak berapa sihat namun mak tetap penuhi permintaan anak - anaknya untuk meraikan hari yang bersejarah bertempat di The Summit USJ, Subang Jaya. Terima kasih mak. Bapak pun ikut sekali. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Ya Allah Ya Rabbi, kau berikan kesihatan yang baik buat ibuku. Amin.







GAMBANG RESORT CITY!

Percutian yang menyeronokkan!

Hello, kami di sini!

Anak - anak yang baru belajar berenang

Seronoknya mama

Bersama suamiku yang belum ready nak candid...ahaks

Adik bongsuku (Nurul Jannah)
namanya seindah wajah:)

Ibu tersayang (Elly sayang mak)

Gambang Resort City!

Pada 18 hingga 19 Dis 2010, my family and I pergi bercuti! Wow, seronok betul.
Dah lama x bercuti, bila sesekali bercuti dapat meredakan stress, best gak.
Aku bawa mak dan adik bongsu sekali. Terpancar wajah ceria di muka bersih ibuku. Baru sembuh dari penyakit lamanya. Alhamdulillah.
Buat putera & puteriku, mama harap uols happy ek. Senyum sampai ke telinga nampak:)











Friday, December 17, 2010

PERMATA HATIKU!

Penghiburku di kala suka & duka

MUHAMMAD SYABIL BIN MOHD SHAHRIL
NISRINA NAJIHA BT MOHD SHAHRIL


Thursday, December 16, 2010

WAKTU SENGGANG











APE KE????

JIKA ADA NAMA ATAU TEMPAT YANG DISEBUT DALAM KISAH INI ADA PERSAMAAN DENGAN NAMA SESEORANG ATAU SESUATU TEMPAT , IANYA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU MASIH MATI.
Kebelakangan ni, macam - macam peristiwa yang berlaku pada aku. Aku terkilan, kecewa dan sukar nak percaya. Biarlah kupendamkan perkara ini sedalam - dalamnya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Mujur ada suami yang begitu memahami diri ini. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah kerana mempertemukanku dengan seorang lelaki (suami) yang betul - betul menyayangi aku dengan sepenuh hati. Mungkin ada hati yang menyindir...apa mungkin ada lelaki yang begitu setia?
Jika hati dan perasaan masih berasa ragu - ragu, disulami dengan curiga dan prasangka buruk pada pasangan kita. Maka pasangan kita akan berperasaan sama seperti kita. Namun, jika kita banyak berbincang dari hati ke hati dan merangsang diri kita untuk memahami diri pasangan kita. Aku rasa tidak ada masalah antara suami dan isteri, memanglah kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Cuba pupuk dalam diri dengan rasa kasih sayang, saling percaya antara satu sama lain dan yang paling penting ambil berat setiap apa yang diperlukan oleh pasangan kita. Insya Allah, rumah tangga akan selama - lamanya bahagia dunia dan akhirat.
Berbalik pada peristiwa yang menimpa pada aku baru - baru ni, entahlah susah nak cakap. Atas nama sebuah kehidupan, hidup umpama roda...kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah. Aku sudah merasai kehidupan sebegitu. Come on, I'm 30 years old now. Mungkin ada manusia yang berasa hidupnya selesa dikala ini, namun harus diingat kita manusia...hamba Allah yang banyak kekurangannya. Apa mungkin, akan merasa selesa selama - lamanya. Berbalik pada yang SATU! Nilai diri, adakah kita cukup sempurna atau bijak pandai sehingga menuding jari pada orang lain jika berlaku sebarang masalah? Nasihat aku, muhasabah dulu...well, life must goes on. If ur on my shoes, I 'll guarantee you will do the same thing. We'll see about that. Okey, time's up! Adiosa.....

Thursday, September 2, 2010

TERKEDU!

Kejadian ini baru berlaku semalam, aku terkejut...terkedu dan terkilan. Salah aku ke? Niat aku ikhlas namun disalah tafsir oleh sesetengah individu. Ermm...macam maner nak citer ek.... aku cuba nak jaga hati orang tapi aku pulak yang kena. HUKUM KEMANUSIAAN mungkin?????

Monday, August 23, 2010

POSITIF

Mencipta saranan kendiri (auto-suggestion), zikir dan doa, membaca buku - buku positif dan lebih penting menggayakan bilik tidur secara positif. Apabila melangkah keluar rumah, bergaullah dengan orang positif.
Ermm, aku suka bergaul dgn org positif....bila rasa stress...cepat - cepat aku call kawan aku. Orangnya memang kelakar gila. So bila dgr celotehnyer terus aku lega. Aku nak perpindahan aura positif dia pd aku. Fikiran jadi positif dan yang paling penting hati tenang. Selain daripada itu, solat merupakan tunjang utama untuk berfikiran positif. Hati tenang bila kewajipan kita pada Allah dpt dilakukan. Solat tu wajib so kita sebagai umat Islam mestilah mementingkan solat.

Sunday, August 22, 2010

Nanoteknologi, Nanoteknologi,Nanoteknologi

Nanoteknologi ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.
Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
  • satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
  • dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
  • tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.
Sejarah ringkas
Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diterimaguna pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer.
Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)", sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959.
Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," sebagai berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."
Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation, ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini.
Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope - STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986 dan nanotiub karbon beberapa tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi.
Teknologi kini menggunakan istilah 'nano' tidak terlalu berkaitan dan agak jauh dengan matlamat teknologi perubahan dan istimewa bagi cadangan pengilangan molekul, tetapi istilah tersebut sering membawa kepada idea tersebut. Maka, mungkin berbahaya yang "buih nano" akan terbentuk daripada penggunaan istilah tersebut oleh para saintis dan usahawan untuk mendapatkan keuntungan, tanpa menghiraukan (dan mungkin kurang) minat dalam kemungkinan perubahan kerja yang lebih kelihatan berwawasan tinggi dan jauh.
Peralihan sokongan yang berasaskan janji cadangan seperti pengilangan molekul untuk projek yang lebih biasa juga mungkin akan menimbulkan pandangan sinis yang tidak wajar terhadap matlamat paling hebat tersebut: seorang pelabur yang tertarik oleh pengilangan molekul yang melabur dalam 'nano' hanya untuk mendapatkan yang sains bahan tipikal memperolehkan keputusan yang mungkin menyimpulkan yang semua idea tersebut hanyalah satu gembar-gembur, tidak mampu untuk menghargainya yang semua ini boleh dimungkinkan dengan kekaburan istilah itu. Dalam kata lain, sesetengah telah berbalah yang publisiti dan kecekapan dalam bidang yang berkaitan yang dijanakan oleh bantuan seperti projek 'nano ringan' adalah berharga, walaupun tidak langsung, dalam kemajuan kepada matlamat nanoteknologi.
Nanoteknologi merupakan bidang kesimpulan yang didokumenkan dalam monograf nota kaki "Gembar-gembur Nano: Kebenaran di Sebalik Desas-desus Teknologi Nano" (Nano-Hype: The Truth Behind the Nanotechnology Buzz). Kajian yang telah diterbitkan tersebut (dengan kata-kata oleh Mihail Roco, ketua NNI) menyimpulkan yang apa yang dijual sebagai "nanoteknologi" merupakan sebuah penyusunan semula sains bahan, yang membawa kepada "industri nanotek yang dibina hanya berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak."
Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
  • risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
  • risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
  • risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.

Thursday, August 19, 2010

IDOLAKU

Bergambar beramai - ramai (gambar tiga tahun lepas)
Tuan Kamal Affandi Hashim

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

MOHD SHAHRIL BIN SONO (SUAMIKU)




Tuesday, August 3, 2010

SEMINAR AURA MERDEKA!

Pada 31 Julai 2010 bertempat di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya. Aku berkampung di sana bersama rakan - rakan seperjuangan DCL. Waah, cukup hebat!. Aku belajar banyak mengenai erti perjuangan. Di samping menghayati erti kemerdekaan, aku belajar erti kesabaran dan BERANI GAGAL demi mencapai SEBUAH KEJAYAAN.
Selama lebih 4 jam bersama Billi Lim yang merupakan IKON BERANI GAGAL. Beliau merupakan seorang motivator yang sungguh hebat. Seorang yang dahulunya selalu menghadapi kegagalan namun beliau bangkit melawan kegagalan.
Aku sempat membeli dua buku beliau yang bertajuk BERANI GAGAL, CERITA DISEBALIK KEJAYAAN & BERANI BERUBAH YG DI ADAPTASI DALAM BENTUK KARTUN. Aku sempat menghabiskan satu buku semasa waktu rehat . Cukup menghiburkan!
Seminar berakhir dengan jayanya dan 12.00 pagi majlis bersurai.

Monday, July 26, 2010

BERKONGSI ILMU.



RED GUARA (KOPI TERBAIK DI ABAD INI!!!!!!)

Red Guara Cafe adalah produk yang berfungsi untuk:-
1. Membantu ketika berpuasa (menahan lapar & memberi tenaga).

2. Penahan lapar (membantu menurunkan berat badan berlebihan) - diminum sebelum mengambil makanan.
3. Membuang air dan lemak berlebihan dalam badan.
4. Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual.
5. Membekalkan tenaga berpanjangan.
6. Mengatasi dan membantu pencernaan dalam sistem usus badan (mampu mengawal/mengubat penyakit cirit birit).
7. Membantu merawat NEURALGIA (Sakit urat/saraf) dan kesakitan ringan.
8. Memudahkan pernafasan (boleh membantu merawat asma/lelah).
9. Membantu mengurangkan Sindrom sebelum datang haid (PMS).
10. Menguatkan otot jantung.
11. Mengurangkan atau menghilangkan demam.
12. Mencegah jangkitan kuman.
13. Membantu mencairkan darah beku dalam salur darah.
14. Sebagai anti-oksida membantutkan sel-sel kanser dalam organ badan.
15. Membantu mengempiskan perut dengan mengeluarkan sisa toksin dari usus besar dan usus kecil dalam organ dalaman badan

Sunday, July 25, 2010

SATU WADAH, SATU IMPIAN & 1 DCL

PERJALANAN BERMULA....



BERKONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA SAHABAT SEPERJUANGAN

ANDA HEBAT!



LEBIH ADIL...LEBIH SUKSES!



Thursday, July 22, 2010

Hari Ini dalam sejarah....

Aku ketawa sakan dgn kawan - kawan baikku hari ini. Bagaimana seorang yg waras boleh menilai sesuatu benda dari sudut yang negatif. Hukum kemanusiaan, mungkin?
Sungguh cetek pemikiran orang sebegini.
Wahai kawan - kawanku...hari ini dalam sejarah. Akan kutitip segala pengalaman anda dalam hatiku. Cuma aku sedih dengan insan ini yang sengaja membuat spekulasi yang tak masuk dek akal. Sedih - sedih... tapi nak gelak jugak.
Sebabnya, sehingga kini insan itu tak mengerti apa - apa...hanya bermain dengan andaian sahaja.
HAHAHA...SAMBUNG GELAK LAGI....HAHHAHAHHAHAH...

Tuesday, July 20, 2010

MaSa

Masa itu emas maka lombonglah Ia...
Masa itu pedang, jangan sampai terluka,
Segala - galanya tentang masa....
Aku pernah terbaca tentang petua seorang ilmuwan yang bernama Profesor Kamal.
Beliau tidak menghukum mereka yang datang awal, sebaliknya menghukum mereka yang datang lambat. Sekiranya mesyuarat dijadualkan pukul 9.10 pagi, beliau tetap memulakannya pada 9.10 pagi, walaupun cuma dua tiga orang sahaja yang baru datang. Bagi beliau, melewatkan mesyuarat hanya semata - mata menunggu mereka yang lewat umpama memberi kemenangan dan ganjaran kepada mereka dan dalam masa yang sama menghukum mereka yang datang awal. Beliau tetap dengan petua kontroversinya itu. Walaupun pada awalnya kehadiran awal agak menyedihkan, tetapi beliau tetap konsistendan menunjukkan teladan yang baik. Akhirnya seluruh kakitangan universiti tidak lagi berani lewat ke mesyuarat ataupun majlis - majlis keramaian.

DI MANA....

Di mana ada kepercayaan,
di mana ada usaha yang dicurahkan,
di mana ada pengorbanan yang diberikan,
di mana kejujuran menjadi paksi dalam perjuangan...
Maka di situlah lahir seorang jutawan.