Tuesday, July 20, 2010

MaSa

Masa itu emas maka lombonglah Ia...
Masa itu pedang, jangan sampai terluka,
Segala - galanya tentang masa....
Aku pernah terbaca tentang petua seorang ilmuwan yang bernama Profesor Kamal.
Beliau tidak menghukum mereka yang datang awal, sebaliknya menghukum mereka yang datang lambat. Sekiranya mesyuarat dijadualkan pukul 9.10 pagi, beliau tetap memulakannya pada 9.10 pagi, walaupun cuma dua tiga orang sahaja yang baru datang. Bagi beliau, melewatkan mesyuarat hanya semata - mata menunggu mereka yang lewat umpama memberi kemenangan dan ganjaran kepada mereka dan dalam masa yang sama menghukum mereka yang datang awal. Beliau tetap dengan petua kontroversinya itu. Walaupun pada awalnya kehadiran awal agak menyedihkan, tetapi beliau tetap konsistendan menunjukkan teladan yang baik. Akhirnya seluruh kakitangan universiti tidak lagi berani lewat ke mesyuarat ataupun majlis - majlis keramaian.

No comments:

Post a Comment