Pada 31 Julai 2010 bertempat di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya. Aku berkampung di sana bersama rakan - rakan seperjuangan DCL. Waah, cukup hebat!. Aku belajar banyak mengenai erti perjuangan. Di samping menghayati erti kemerdekaan, aku belajar erti kesabaran dan BERANI GAGAL demi mencapai SEBUAH KEJAYAAN.
Selama lebih 4 jam bersama Billi Lim yang merupakan IKON BERANI GAGAL. Beliau merupakan seorang motivator yang sungguh hebat. Seorang yang dahulunya selalu menghadapi kegagalan namun beliau bangkit melawan kegagalan.
Aku sempat membeli dua buku beliau yang bertajuk BERANI GAGAL, CERITA DISEBALIK KEJAYAAN & BERANI BERUBAH YG DI ADAPTASI DALAM BENTUK KARTUN. Aku sempat menghabiskan satu buku semasa waktu rehat . Cukup menghiburkan!
Seminar berakhir dengan jayanya dan 12.00 pagi majlis bersurai.
No comments:
Post a Comment